Perubahan Waktu Solat Subuh Negeri Pahang

KUANTAN, 11 Dis- Melalui Mesyuarat Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang telah memutuskan bahawa tambahan masa sebanyak lapan (8) minit bagi permulaan waktu subuh di negeri ini.

Menurut Pengarah Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), YH. Dato’ Syed Ahmad Fuad Syed Taha berkata, pelaksanakan perubahan ini hanya melibatkan waktu solat Subuh sahaja dan berkuatkuasa bermula hari ini.

“Perubahan waktu solat ini hanya melibatkan waktu Subuh sahaja dan membabitkan semua daerah di seluruh negeri Pahang,” katanya dalam satu surat rasmi bertarikh hari ini, 11 Disember 2019.

Katanya lagi, semua Al-Fadhil Qadhi Daerah dipohon dipohon untuk membuat membuat penerangan dan makluman di masjid dan surau dibawah pentadbiran masing-masing.

Sebelum ini, negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan telah melaksanakan perubahan waktu solat Subuh seperti mana yang diputuskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) ke-116. – wanrosdy.com

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.