Isu Rayuah Rafizi : Tindakan Peguam Negara Dikritik

Pengumuman Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas, bahawa beliau akan mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai-pegawainya yang telah memfailkan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, dari tuduhan mendedahkan data perbankan dari akaun NFC mendapat banyak kritikan nampaknya.

Antara yang mengkritik adalah peguam kanan, Haniff Khatri, yang antara lainnya menulis:

“Secara profesional saya sejujurnya berpendapat bahawa kenyataan TOMMY THOMAS untuk menyatakan bahawa terdapat ketidakpatuhan arahannya serta ugutan pengambilan tindakan terhadap pegawai-pegawai yang memfailkan RAYUAN itu adalah TIDAK SIHAT dan TIDAK WAJAR untuk dikeluarkan oleh seorang PEGUAM NEGARA sebelum siasatan terperinci dilakukan berhubung cara bagaimana RAYUAN itu telah difailkan terlebih dahulu”.

“Kenyataan awam yang memberi persepsi salah kepada masyarakat seolah-olah pegawai-pegawai di Pejabat Peguam Negara dengan sengaja melakukan “sabotaj” terhadap keputusan TOMMY THOMAS, sedangkan pada hakikatnya kenyataan GOPOH dan EMOSI seperti yang dibuat oleh TOMMY THOMAS itu dengan sendirinya boleh ditafsirkan sebagai percubaan seorang KETUA untuk “sabotaj” agensinya sendiri!!”

“Bukan kesemua pegawai di dalam Pejabat Peguam Negara boleh secara salah dituduh sebagai “DAULAH TERPENDAM” ataupun “DEEP STATE” yang mengganggu urus tadbir Pejabat Peguam Negara, tetapi keengganan TOMMY THOMAS sebagai Peguam Negara untuk iktiraf kebolehan tinggi Pegawai-Pegawai di Pejabat Peguam Negara serta keengganan TOMMY THOMAS untuk mempercayai kesetiaan jujur mereka terhadap tugasan dan tanggungjawab mereka yang sebenarnya mewujudkan hubungan tegang dan tidak sihat ini!!”

Begitu juga dengan bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Bin Ali, yang antara lainnya menulis:

“Saya suka menjelaskan bahawa pemfailan notis rayuan, dalam satu perbicaraan jenayah, selepas pembebasan oleh mahkamah bicara, adalah hampir automatik kerana ia adalah amalan yang diguna pakai oleh Jabatan Peguam Negara sejak dari zaman Tan Sri Abu Talib.”

“Selepas pemfailan notis ini, Jabatan Peguam Negara selalunya akan mengkaji asas penghakiman yang diberi oleh hakim bicara, dan kemudian memutuskan sama ada untuk meneruskan atau tidak dengan rayuan.”

“Ini dibuat berasaskan amalan berzaman pendakwaan di negara ini untuk mendapatkan 99% bukti bagi menjamin sabitan sebelum pertuduhan jenayah dibuat.”

“Inilah yang menjadikan Jabatan Peguam Negara ‘apolitical’ (tidak tertakluk kepada politik) dan pendakwaan dibuat berasaskan kepada fakta dan undang-undang semata-mata”.

Kita tunggu siapa lagi yang akan mengkritiknya.

Kamarul Yusoff

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.