Wanita BN Rakam Takziah SUA Wanita MCA Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR, 19 Nov – Seluruh ahli Pergerakan Wanita Barisan Nasional (BN) merakamkan ucapan takziah buat keluarga Setiausaha Agung Wanita MCA Kebangsaan merangkap Ketua Wanita MCA Selangor, mendiang Datuk Senator Ong Chong Swen yang meninggal dunia malam tadi.

Ketuanya, Datuk Dr. Noraini Ahmad berkata, kehilangan mendiang adalah merupakan satu kehilangan yang cukup besar dalam dunia politik.

“Bagi saya secara peribadi, mendiang adalah seorang individu yang disenangi bukan sahaja dikalangan rakan tetapi juga lawan.

“Jasa mendiang dalam memartabat dan membantu BN tidak boleh disangkal dan ini terbukti apabila mendiang begitu lantang bersuara bukan sahaja dalam Dewan Negara tetapi setiap kali menyertai persidangan luar negara.

“Terima kasih Datuk Ong Chong Swen…. Jasa anda akan tetap kami kenang hingga akhir hayat,” ujar beliau yang juga Ketua Pergerakan Wanita UMNO melalui satu kenyataan media. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.