Tanjung Piai Kemenangan Rakyat, Tolak Politik PerkaumanYang Khianat Kepercayaan

KUALA LUMPUR, 17 Nov – Ketua Penerangan Pemuda UMNO Larut, Mohd Shafiq Fhadly Mahmud menegaskan bahawa kemenangan besar Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai adalah bukti rakyat hari ini menerima baik semangat Muafakat Nasional dan menolak politik perkauman yang dibawakan rejim Pakatan Harapan (PH) sekian lama.

Katanya, walaupun pada awalnya, pencalonan Datuk Seri Dr. Wee Jeck Seng dari MCA menimbulkan pelbagai polemik, tetapi akhirnya kita BN berjaya buktikan kebersamaan meraikan rakan-rakan komponen yang sekian lama setia bersama.

“Tahniah kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku Pengerusi BN dan seluruh pimpinan BN kerana telah membuat keputusan berani di Tanjung Piai. Ternyata kejayaan hari ini adalah kejayaan bersejarah bukan sahaja buat rakyat Tanjung Piai, lebih daripada itu adalah kejayaan bersama dalam Muafakat Nasional.

“Kemenangan besar BN di Tanjung Piai tidak boleh lagi menafikan bahawa inilah referendum rakyat kepada Putrajaya, isyarat jelas bahawa rakyat menolak sebuah kerajaan yang mengkhianati kepercayaan rakyat,” ketanya dalam kenyataaan media hari ini.

Ujarnya lagi, kemenangan ini bakal mengukuhkan lagi suara pembangkang di Parlimen untuk terus membela nasib rakyat yang semakin hari semakin ditindas dan dizalimi.

“Kemenangan ini adalah kemenangan kita semua. Tahniah anak muda yang bangkit, tahniah rakyat Tanjung Piai, terima kasih seluruh rakyat Malaysia yang mendoakan,” katanya lagi. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.