PH Kerajaan Yang Tak Boleh Berfikir… Gagal Laksana Pentadbiran – Ir Hasni

TaANJUNG PIAI, 14 Nov – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Ir Hasni Mohamad merasa kecewa dengan pentadbiran kerajaan negeri iaitu Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sharuddin Jamal yang mengamalkan sikap pilih kasih serta gagal melaksanakan pentadbiran dengan baik

Jelas beliau, sewajarnya Dr Sharuddin mengutamakan kesejahteraan rakyat khususnya dalam hal-hal kebajikan dan bukannya memberi sumbangan kewangan kepada badan yang kurang memerlukan sebagaimana disalurkan kepada pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT).

“Kerajaan negeri telah bersetuju untuk menyumbang RM500 ribu kepada pasukan JDT atas kejayaannya menjuarai bola sepak Piala Malaysia baru-baru ini.

“Tak gila ke kerajaan yang ada … tak boleh fikir sendiri bahawa Tengku Mahkota Johor (TMJ) sewaktu menjadi pemangku Raja menjadi penyumbang utama dalam kelab JDT ini.

“Dah cakap dah … beliau bimbang (TMJ) dengan keadaan pencemaran sungai-sungai yang ada, ianya bermula daripada pencemaran yang berlaku di Pasir Gudang jadi bukankah lebih baik utamakan hal untuk rakyat,” katanya dalam ceramah umum di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Melayu Raya, pada Rabu, malam.

Hadir sama Setiausaha Agung UMNO (SUA), Tan Sri Annuar Musa; Ahli Dewan Negara, Senator Khairul Azwan Harun; Pengerusi BN Perak, Datuk Saarani Mohamad; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parit Raja, Nor Rashidah Ramli; Ketua UMNO Bahagian Tanjung Piai, Datuk Jefridin Atan dan Ketua UMNO Bahagian Sri Gading, Datuk Ali Sheikh Ahmad.

Hasni yang juga ADUN Benut menambah, TMJ telah memulangkan semula duit yang diberikan kerajaan negeri supaya dapat digunakan untuk membersihkan sungai-sungai yang tercemar di negeri Johor.

Untuk rekod, pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim telah berlaku dua kali iatu pada Mac dan September lalu. Kejadian ini menjejaskan hampir 6,000 penduduk termasuk pelajar sekolah sehingga 111 sekolah di Pasir Gudang diarahkan ditutup untuk sementara waktu. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.