Negara Akan Hancur Jika Terus Diperintah PH


1. Merujuk kepada kenyataan Menteri Pendidikan, YB Maszlee Malik yang cuba menghasut rakyat supaya tidak menghukum kerajaan PH dengan mengundi BN di PRK Tg. Piai kerana kerajaan PH baru berusia 2 tahun dan telah melakukan yang terbaik.

2. Untuk pengetahuan YB Menteri, kerosakkan yang dilakukan kerajaan PH selama 2 tahun ini adalah lebih teruk daripada kerosakkan yang dilakukan kerajaan BN selama 60 tahun. Segala masalah yang berlaku di Malaysia termasuklah masalah pengangguran, kenaikan kos sara hidup dan pepecahan perpaduan adalah berpunca daripada kelemahan pentadbiran kerajaan PH.

3. Rakyat berhak menghukum kerajaan PH kerana terbukti mengkhianati mandat dan harapan rakyat. Lupakah YB Menteri bahawa program biasiswa Mybrain15 yang banyak membantu golongan graduan telah dimansuhkan kerajaan PH?

4. Lupakan YB Menteri bahawa golongan mahasiswa banyak menyokong PH ketika itu dan akhirnya kerajaan PH telah menipu dan menindas mereka dengan pemansuhan pelbagai insentif untuk pelajar.

5. Kerajaan PH juga harus dihukum kerana terbukti gagal mentadbir negara. Terlalu banyak campur tangan politik dalam pentadbiran dan proses undang-undang seperti kes LTTE dan Wan Ji Wan Hussin yang akhirnya mencabul kedaulatan undang-undang.

6. Rakyat telah sedar bahawa kerajaan PH adalah kegagalan terbesar yang terpaksa dihadapi Malaysia dan ianya amat memalukan. Ketika negara jiran sedang bersaing untuk menyediakan persekitaran ekonomi yang kondusif, Malaysia masih lagi bergelut dengan perebutan kuasa Perdana Menteri, konflik dalaman parti, provokasi perkauman yang ditujangi DAP dan pelbagai lagi masalah lain.

7. Akhirnya Malaysia semakin hari semakin ketinggalan dan hilang daya saing global dengan pertumbuhan KDNK yang lemah dan tidak berkembang iaitu purata 4.6%. Negara jiran seperti Indonesia telah jauh mengatasi Malaysia dengan pertumbuhan sebanyak 5.3% dan Filipina sebanyak 6.6% berdasarkan laporan OECD 2019.

8. Dalam tempoh 2 tahun sahaja, kerajaan PH telah menjual hampir RM 30 bilion aset strategik yang telah dikumpul ketika pemerintahan BN. Masalah sosial seperti isu kemiskinan, kos sara hidup, pengangguran dan perumahan juga gagal diselesaikan dan terbukti ianya hanyalah retorik politik untuk menagih undi.

9. Justeru, rakyat Malaysia perlu bangkit dan menghukum kerajaan PH kerana telah mengkhianati mandat rakyat dan menimbulkan kerosakkan terhadap negara. Pengundi di Tg. Piai juga harus memastikan calon BN menang supaya kita dapat menghantar mesej bahawa kerajaan PH tidak lagi releven dan wajar ditumbangkan kerana ianya adalah kegagalan terbesar negara.

Dato’ Dr Najmil Faiz Mohamed Aris
Exco PPUM/TKUB Kuala Terengganu

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.