Lagi Pemimpin PH Rebah Di Parlimen

KUALA LUMPUR, 11 Nov – Lagi pemimpin Pakatan Harapan (PH) rebah di Parlimen ….

Hanya kira-kira setengah jam sesi Sidang Dewan Rakyat bermula untuk minggu ini, ia terpaksa dihentikan seketika apabila Anggota Parlimen Kuala Pilah, Eddin Syazlee Shith, pitam dan rebah di kerusinya.

Ketika Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad sedang menjawab soalan daripada Salim Sharif (BN- Jempol) dalam sesi jawapan lisan, Eddin tiba-tiba sesak nafas.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Rashid Hasnon kemudian mengarahkan sidang Dewan Rakyat dihentikan selama 10 minit bagi membolehkan Eddin diberi rawatan.

Beliau kemudian dibawa keluar dari dewan untk menerima rawatan.

Untuk rekod, ini adalah kes kedua Ahli Parlimen rebah dalam Sidang Dewan Rakyat.

Pada 21 Oktober lalu, Ahli Parlimen Nibong Tebal, Prof. Madya Datuk Dr. Mansor Othman tiba-tiba rebah ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2020 hanya satu jam selepas sesi petang Dewan Rakyat dimulakan. – UMNO ONLINE

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.