Haru Biru PH Perintah Negara, Malaysia Baru Yang Dijanji Mengecewakan – Asyraf

 

RANTAU 1 Sept – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata sambutan kemerdekaan haruslah disambut dengan penuh kesyukuran dan bebas dari dijajah semula.

Katanya sambutan kemerdekaan pada tahun ini agak hambar dan tidak berapa meriah serta gembira semenjak Pakatan Harapan (PH) mentadbir negarai yang menyebabkan suasana haru biru dalam negara.

“Berlakunya suasana yang tidak gembira sepatutnya ia menjadi tanda kepada menteri-menteri kabinet Tun Mahathir yang memporak perandakan negara.

“Negara ini menjadi haru-biru, huru-hara dan ia tak pernah berlaku di tanah air kita semenjak di perintah oleh Barisan Nasional (BN) sebelum ini tetapi kini perhubungan kaum menjadi seteruk kini,” katanya semasa ucapan di Penyatuan Ummah peringkat Negeri Sembilan di Eco Park, Kuala Sawah, Rantau, semalam.

Beliau menambah sewaktu Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu pengundi-pengundi PH menaruh harapan agar ada perubahan di negara ini, ada yang teruja hendak melihat Malaysia baharu berubah tetapi apa yang diharapkan hanya menjadi haru-biru.

“Kerajaan PH yang telah merosak dan membinasakan perpaduan rakyat Malaysia yang harmoni selama ini.”

Dalam ucapannya juga Asyraf turut menegur pimpinan Dap yang cuba membakar api perkauman dan memainkan sentimen agama.

“Yang membakar api perkauman dengan terus-terusan dan memainkan sentimen agama seolah-olah tidak memahami adat kita… cuba menafikan kekuatan negara yang kita adalah mereka tapi UMNO yang dipersalahkan.

“Hari ini watak yang sama, posisi berlainan cuma mereka menjadi kuasa pemimpin negara tetapi tidak membentuk Malaysia baharu yang diinginkan oleh rakyat.” – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.