Salam Maal Hijrah: Bangkitlah… Bina Kembali Apa Yang Telah Tiada

KUALA LUMPUR, 31 Ogos – “Tidak perlu sesali apa yang sudah pergi dan jangan pula tangisi apa yang sudah tiada. Sebaliknya bangkitlah dan bina kembali apa yang telah pergi dan tiada.”

Demikian ucapan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sempena
Salam Maal Hijrah 1441H.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata demikian menerusi media sosial beliau, hari ini.

Dalam ucapan ringkas tersebut beliau turut menyeru “Bangkit Berhijrah!” serta
#DemiUmmah.

Turut sama menzahirkan ucapan ialah Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang mengajak masyarakat berazam untuk mengubah diri ke arah kebaikan.

“Hijrah boleh di ertikan sebagai ‘keluar’ daripada keadaan yang buruk atau tertekan kepada satu keadaan yang lebih selesa serta terjamin. Oleh itu mari bersama kita berazam untuk mengubah diri dan masyarakat ke arah kebaikan.

“Bersamalah kita memperkuatkan perpaduan dan berusaha ke arah pembangunan dan penyatuan Ummah di negara yang bertuah ini,” katanya menerusi Facebook beliau.

Ujarnya, semoga jasa dan khidmat bakti serta pengorbanan kita akan sentiasa diberkati dan dilindungi hendaknya.

“Mari kita sama-sama berdoa agar kita semua di panjangkan umur dan dimurahkan rezeki serta sentiasa berada di dalam peliharaan dan keberkatan Allah SWT jua, Insya-Allah.” – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.