#HPU914: Perpaduan Dituntut Dalam Islam, Tepat Pada Masanya – Dr Mashitah

KUALA LUMPUR, 30 Ogos – Exco Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata piagam kerjasama UMNO dan PAS yang akan dimeterai pada 14 September ini amat tepat pada waktunya.

Katanya, penyatuan ini adalah sesuatu yang dituntut dalam Islam sebagaimana contoh kaum Ansar dan Muhajirin disatukan, apa lagi dalam keadaan sekarang masyarakat Islam inginkan kekuatan itu.

“Ibarat ‘sireh pulang ke ganggang’ untuk menyatu kembali UMNO dan PAS. PAS suatu ketika dulu merupakan sayap kepada ulama-ulama kemudian berpecah dan hari ini bersatu semula dalam satu penyatauan yang cukup bermakna.

“‘Biduk lalu kiambang bertaut’ kerana adanya biduk inilah iaitu isu-isu pada orang Islam maka ada hikmahnya apabila kita menyatu,” katanya kepada UMNO-Online.

Katanya, sewajarnya masyarakat Islam mengenepikan kepentingan-kepentingan politik, fahaman-fahaman peribadi, menolak apa saja yang menjadi perpecahan dan memilih untuk bersama.

“Keputusan memilih untuk dimeterai satu perjanjian, satu piagam, satu ‘sohifah’ sepertimana yang pernah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW ini perlulah disambut baik oleh seluruh umat Islam,” jelasnya lagi.

Katanya, penyatuan ini umpama lidi-lidi yang menjadi kuat apabila menyatu untuk memenangi isu-isu Islam dan juga umat Islam itu sendiri.

“Kalau kita tidak diuji dengan ujian-ujian sebegini mungkin kita tidak ada keperluan bersama. Saya yakin… insya-Allah apa yang bakal kita buat ini adalah mengikut sunnah dan sudah sampai masanya untuk kita melakukan.” – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.