Presiden UMNO, PAS Bertemu Perkukuhkan Lagi Penyatuan Ummah

KUALA LUMPUR, 28 Ogos – Kepimpinan UMNO dan pimpinan PAS hari ini mengadakan pertemuan dengan diketuai oleh presiden kedua-dua parti berkenaan.

UMNO diketuainya Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi manakala Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengetuai barisan pucuk pimpinan PAS yang diadakan di kediaman Ahmad Zahid.

Menerusi catatan di facebook Datuk Seri Ahmad Zahid, beliau menyebut bahawa pertemuan berkenaan amat positif dan mengukuhkan lagi penyatuan ummah.

“Ada beberapa insan yang membuatkan dunia ini lebih baik kerana keberadaannya. Kalian adalah salah seorang dari insan tersebut.

“Pertemuan dan perbincangan saya dan rakan-rakan kepimpinan UMNO bersama Datuk Seri Presiden PAS dan saf kepimpinan PAS di kediaman saya. Pertemuan dan perbincangan amat positif dan memperkukuhkan lagi Penyatuan Ummah,” katanya.

Turut menyertai pertemuan berkenaan kalangan pimpinan UMNO terdiri daripada Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Mohamad Hasan, ketiga-tiga Naib Presiden, Ketua Penerangan, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah serta Setiausaha Agung, Tan Sri Annuar Musa, dan PAS pula Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang merupakan Timbalan Presiden parti, Naib Presiden Idris Ahmad serta Setiausaha Agung Datuk Takiyudin Hasan .- UMNO Online

 

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.