Jentera Penerangan Mesti Bergerak Secara Luar Biasa Berdepan Kerajaan PH

KUALA LUMPUR, 25 Ogos – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata jentera Penerangan UMNO di semua peringkat mesti tingkatkan peranan dan tugas kerana parti sedang berhadapan dengan cabaran besar.

Jelas beliau UMNO sedang berhadapan dengan Kerajaan PH yang menggunakan segala kekuatan media mereka untuk menutup kelemahan serta kegagalan mereka berfungsi sebagai sebuah kerajaan yang baik.

“Hari ini begitu banyak kelemahan yang mereka lakukan. Maka jentera penerangan di semua peringkat mesti bergerak mendedahkan kelemahan yang mereka lakukan.

“Penerangan UMNO mesti menjadi jurubicara rakyat, membela dan menjaga kepentingan rakyat”, katanya ketika berucap pada Bengkel Komunikasi Strategik peringkat negeri Perak di sini, Sabtu.

Tambah Dr Shamsul Anuar jentera penerangan tidak cukup dengan penerangan secara bersemuka sahaja sebaliknya mesti meningkatkan gerakan terutama sosial media bagi memperjelaskan pelbagai isu kepada rakyat.

“Kita mesti bergerak secara luarbiasa dan berbeza sebagaimana dahulu. Hari ini media yang dulu bersama kita, bukan lagi bersama dengan perjuangan UMNO”, ujarnya.

Justeru jelas beliau lagi jentera UMNO mesti menggunakan kaedah dan pendekatan berbeza bagi menjayakan matlamat parti.

  • “Percayalah jika kita bersama fokus kepada usaha menjayakan matlamat parti. Kita akan beroleh kejayaan sebagaimana yang kita impikan”, katanya. -UMNO ONLINE
@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.