Setelah Didesak Kerajaan PH Umum Projek Rakyat Diteruskan, Inilah Perlunya Suara Pembangkang


TANAH RATA, 25 Jan – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengucapkan terima kasih kepada penduduk di Cameron Highlands atas desakan semua kepada Kerajaan Pakatan Harapan (PH), maka semalam telah diumumkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bahawa projek jalan raya dari Pos Betau ke Pos Lenjang akan diteruskan.

“Inilah sebabnya mengapa kita memerlukan suara pasukan pembangkang yang kuat dan jitu, agar tanggunjawab Kerajaan Persekutuan dapat disampaikan kepada rakyat.

“Oleh itu, saya menyeru kepada rakyat Cameron Highlands untuk mengundi calon Barisan Nasional (BN) supaya isu-isu dan masalah rakyat Cameron Highlands dapat diperjuangkan dan mempunyai ‘check and balance’ di dalam parlimen,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai dalam kenyataan media hari ini.

Dilaporkan, sebelum ini projek pembinaan jalan raya dari Pos Betau ke Pos Lenjang sepanjang 35 kilometer telah dihentikan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) biarpun kerajaan terdahulu iaitu BN telah memperuntukkan sebanyak RM15 juta bagi menaik taraf jalan raya itu.

Dikatakan projek berkenaan mampu memberi manfaat kepada seramai 4,000 penduduk Orang Asli di Pos Lenjang dan kampung berdekatan di Jelai khususnya bagi kemudahan mengangkut hasil dan berurusan di Pekan Sungai Koyan, Bandar Lipis serta Raub. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.