UMNO Rakam Takziah, Mantan SUK Bridg. Jen (B) Datuk Husainy Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR, 23 Jan – UMNO, seluruh kepimpinan dan ahli mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham mantan Setiausaha Kerja UMNO, Bridg. Jen. (B) Datuk Husainy Hashim, 74, yang telah kembali kerahmatullah malam ini.

Allahyarham telah menggalas tugas SUK UMNO bermula 2004-2008 dilapor menghembuskan nafas terakhirnya sekitar 8.20 malam di Hospital Angkatan Tentera Sultan Mizan, di sini.

Allahyarham juga adalah Penasihat Kehormat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Pengerusi Yayasan Patriot.

Jenazah Allahyarham telah dibawa ke Masjid Khalid Al-Walid dan akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara sekitar pukul 10 esok pagi.

Semoga Allah SWT menempatkan roh Allahyarham dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.