MB Pahang Bidas Kenyataan Media Menteri Kewangan Yang Janggal Dan Pelik


KUALA LUMPUR, 22 Jan – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail melahirkan rasa pelik dengan kaedah pengeluaran dan olahan kata-kata oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Beliau berkata demikian merujuk kepada kenyataan media terbaharu yang dikeluarkan oleh Menteri Kewangan hari ini.

Bidasnya, jelas sekali ia benar-benar berbaurkan politik di sebalik disiarkan menerusi medium ‘twitter’ Kementerian Kewangan dengan lambang kementerian pada sudut atas sebelah kirinya, serta jata Kerajaan Persekutuan pada ‘Siaran Media’ tersebut.

“Tajuk sahaja pun ada tanda soal padanya, yang pada sepanjang hayat politik dan kedudukan saya dalam Kerajaan Negeri, belum pernah saya melihat kenyataan media daripada sebuah Kerajaan, yang seumpama itu.

“Saya dapati kemudian, bukan saya sahaja yang berasa kejanggalan pada pengeluaran Kenyataan Media seperti ini.”

Rupa-rupanya, katanya, ramai lagi yang mempertikaikannya, lalu boleh disifatkan sebagai satu lagi penyalah gunaan terhadap kemudahan rasmi Kerajaan.

“Oleh itulah saya berharap kepada Encik Lim, agar sudah-sudahlah. Bergelagatlah seperti seorang Menteri Kewangan yang sepatutnya bukannya seolah-olah kini – baharu lapan bulan menjadi Kerajaan, lagaknya ‘bagai kera mendapat bunga’ sahaja,” katanya lagi. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.