PH Harus Diberi ‘Wake Up Call’ Agar Tidak Terus Menipu Rakyat

TANAH RATA, 20 Jan – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar berkata, kerajaan baru pimpinan Pakatan Harapan (PH) harus diberi ‘wake up call’ sebagai amaran agar tidak terus-terusan menipu rakyat.

Jelas beliau, Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands adalah peluang terbaik untuk memberi signal kepada kerajaan yang setakat ini masih lagi lalai, masih lagi tidak menunaikan tanggungjawab mereka.

“Kalau rakyat boleh berbuat begitu di PRK ini maka kita harap boleh menyedarkan kerajaan, kalau tidak mereka akan merasakan terlepas dari segala kesalahan dengan menuduh orang lain sedangkan tanggungjawab kerajaan adalah untuk ‘deliver’.

“Jadi gunakan peluang ini menolak PH sebagai satu ‘wake up call’ bahawa rakyat tidak boleh ditipu dan terus ditipu, rakyat tidak boleh diberi janji palsu buat selama-lamanya.

“Caranya adalah dengan memberi kemenangan besar kepada calon BN iaitu Ramli Mohd Nor,” ujar beliau dalam satu wawancara khas bersama UMNO-Online.

Tambah Annuar, sekiranya calon BN menang, ia juga mampu mencapai pelbagai matlamat lain iaitu dapat memberi peluang kepada suku kaum minoriti menjadi Ahli Parlimen buat pertama kali.

Selain itu menurut beliau, PRK ini juga seharusnya membuka mata rakyat kerana setelah hampir setahun memegang tampuk pimpinan, masih tidak ada agenda-agenda baru yang ditampilkan.

“Sepatutnya sudah ada agenda baru, jika reformasi… apa yang mahu direformasikan, kalau nak buat lebih baik juga patutnya sudah kelihatan.

“Tapi sayangnya ini tidak berlaku kerana mereka mengamalkan budaya mengkritik dan meletakkan kesalahan kepada orang lain.

“…sehinggakan dalam PRK ini pun budaya itu dikekalkan. Akibatnya adalah rakyat yang rugi, rakyat yang mahu melihat ada benda yang lebih baik tetapi itu tidak menjadi. Soal peluang pekerjaan ke, kemudahan rakyat ke, soal pendidikan atau lain-lain seperti harga barang, ‘cost of living’ menjadi lebih teruk berbanding di bawah BN dulu.

“PH nak beri gambaran inilah Malaysia Baru dan kononnya lebih baik tetapi rakyat cuma melihat mereka melakukan rasuah, mereka melakukan sogokan, mereka melakukan ugutan dan mereka tidak menunaikan janji-janji pilihan raya,” bidas beliau lagi. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.