Guan Eng Ditempelak Tuduh Kerajaan BN Anak Tirikan Negeri Pembangkang

TANAH RATA, 19 Jan – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Sharkar Shamsuddin menempelak kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng kononnya Kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini tidak pernah membangunkan negeri-negeri yang ditadbir pembangkang ketika itu.

Jelas beliau, sepanjang pentadbiran BN, tidak ada satu negeri pun dianaktirikan walaupun kerajaan negeri bukan milik BN.

“Contohnya Kelantan yang ditadbir oleh Pas… Kelantan tidak pernah terabai daripada pembangunan oleh kerajaan BN.

“Ketika kerajaan BN memerintah kita boleh lihat sendiri… kita tidak pernah menganaktiri mana-mana negeri yang tidak menyokong kita. Kelantan ada Universiti Kelantan… ada highway dan ada lapangan terbang baru,” ujar beliau kepada media selepas program walk-about sempena PRK Cameron Highlands di Ringlet.

Justeru beliau menyeru kepada semua pihak agar berkempen secara matang dan jangan menggunakan unsur ugutan untuk menakut atau mengelirukan pengundi. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.