Kit Siang Patut Guna Fakta Sebelum Tuduh BN Pinggir Orang Asli

TANAH RATA, 18 Jan – Ketua Penerangan UMNO Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, Lim Kit Siang patut bercakap secara fakta dan bukannya menuduh secara sembrono kononnya sepanjang mentadbir negara, Barisan Nasional (BN) meminggirkan masyarakat Orang Asli.

Jelas beliau, calon BN di Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands, Ramli Mohd Nor adalah bukti nyata BN tidak pernah memilih bulu dalam membela nasib rakyat.

“Kenyataan Kit Siang yang mengklasifikasikan kad laporan BN sebagai ‘F’ dalam membela nasib Orang Asli adalah tidak tepat sama sekali.

“Namun kita akui bukan mudah nak lakukan semua perkara, bukan Orang Asli sahaja tetapi di kampung Melayu, Cina dan India pun sama.. masih banyak yang perlu dilakukan,” ujar beliau kepada media selepas melawat Kampung Orang Asli Pangen di sini.

Untuk rekod, sepanjang kempen di PRK ini, Kit siang sering memuat naik status di twitter menyalahkan kerajaan terdahulu dan menyifatkan BN gagal membela nasib Orang Asli.

Terbaru, Kit Siang mencabar calon BN, Ramli Mohd Nor untuk mengakui bahawa kad laporan BN adalah ‘F’ dalam isu membela masyarakat ini. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.