“Ini U-Turn Tak Bagi Signal”… Pemimpin Dap Terus Kena Lanyak Dengan Najib

KUALA LUMPUR, 18 Jan – Datuk Seri Najib nampaknya terus tidak memberi peluang kepada kerajaan Pakatan Harapan terutama Dap apabila menempelak sikap pemimpin Dap yang sentiasa membuat ‘u turn’.

Secara lebih pedas dan sinis kali ini Najib menyifatkan pemimpin Dap membuat ‘u turn’ tanpa memberi ‘signal’ berhubung umpan Dap kepada pengundi Cameron Highlands.

“Dah jangka dah. U-Turn. Semalam berani umpan ‘nak projek undilah PH’ kepada pengundi Cameron Highlands.

“Hari ini, dia U-Turn lagi selepas dikecam dan kata PH tak pernah janji untuk bawa apa-apa pembangunan kepada Cameron Highlands.

“Habis tu, mengapa nak undi PH? Takkan hanya setakat mahu Kit Siang makan angin di Cameron Highlands setiap hujung minggu? “, ujarnya dalam hantaran terbarunya di Facebook milik beliau.

Justeru beliau mengingatkan pemimpin Dap dengan nada yang cukup pedih, “Ini U-Turn tak bagi signal ini. Nanti member langgar belakang”, sindirnya. -MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.