Terus Amalkan Kempen Fitnah, PH Ditempelak

TANAH RATA, 17 Jan – Ahli Parlimen Tapah Datuk Saravanan Murugan menempelak calon Pakatan Harapan (PH) yang masih terus-terusan menggunakan kempen fitnah di Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.

Jelas beliau, ini membuktikan PH sebenarnya tiada modal untuk berkempen sekaligus tiada rancangan khas bagi penduduk di sini.

“Tuduhan PH kononnnya terdapat lantikan kroni dalam kalangan ahli majlis bagi Daerah Cameron Highlands (MDCH) menunjukkan mereka ni memang tidak ada modal untuk berkempen.

“Selama ini pun mereka sering menggunakan taktik kotor dan menang (pada PRU-14) juga kerana fitnah. Ini jelas membuktikan mereka juga tidak ada rancangan khas untuk menduduk di sini. Seperti biasa mereka hanya menggunakan fitnah sebagai kempen walaupun telah menjadi kerajaan.

“Saya percaya pengundi di sini akan mengambil kesempatan ini akan menunjukkan ketidakpuasan hati kepada PH dengan mengundi calon BN, Ramli Mohd Nor di PRK ini,” katanya kepada UMNO-Online.

Selasa lalu, calon PH M Manogaran dalam satu sidang media mempertikaikan lantikan ahli majlis di Cameron Highlands pada 27 Dis yang lalu. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.