Saya Tak Akan Belot Dari BN, Hentikan Fitnah – Ramli


CAMERON HIGHLANDS, 17 Jan – Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands, Ramli Mohd Nor menegaskan bahawa beliau tidak akan sama sekali belot dalam perjuangan bersama Barisan Nasional (BN) apatah lagi dalam mengembalikan suara rakyat yang telah ditipu.

Sebelum ini, sebuah media ‘online’ tempatan, telah melaporkan bahawa Ramli akan menyertai gabungan kerajaan ataupun menjadi calon bebas di parlimen walaupun BN menang pada pilihan raya nanti.

“Jawapan saya, ini adalah sebuah fitnah politik dan tolong hentikan fitnah kotor ini.

“Di sini saya ingin menegaskan bahawasanya saya tidak akan sama sekali belot dalam perjuangan bersama Barisan Nasional (BN) terutamanya perjuangan kami dalam mengembalikan suara rakyat yang telah ditipu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tegas beliau, keikhlasan, kejujuran dan intergriti inilah prinsip diamalkan dan ia sudah sebati dalam dirinya sebagai pesara polis.

“Saya percaya, rakyat kini sudah pandai menilai dan sedar permainan politik Pakatan Harapan (PH) yang sentiasa menjanjikan bulan dan bintang kepada mereka.

“Marilah bersama saya, kita hentikan penipuan dan fitnah PH,” katanya lagi. – MediaUMNO