Isu PTPTN: Mahasiswa Kecewa Dengan PH


KUALA LUMPUR, 17 Jan – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) hari ini diminta untuk mempertimbangkan mekanisme pemberian diskaun bagi bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) seperti yang telah dilaksanakan sebelum ini.

Timbalan Presiden Mahasiswa Nasional, Haziq Shafee berkata ketidakpuasan hati mahasiswa tentang pembayaran balik potongan pinjaman sebanyak 20 peratus dan 10 peratus agar dikembalikan kerana ia menyusahkan mahasiswa apabila mereka tamat pengajian mahupun yang baru berkahwin.

“Kami mahu hak mahasiswa didengari dan di ambil cakna serta diimplitasi sebagaimana janji-janji kerajaan sebelum ini.”

Jelasnya, kaedah yang digunakan sebelum ini dapat mengurangkan beban kos mahasiswa selepas tamat belajar kelak kerana ada diantara mereka sukar untuk mendapat pekerjaan

“Mahasiswa merasa kecewa kerana PH telah berjanji memberikan pendidikan percuma tapi gagal dilaksana,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Sebelum itu, beliau bersama wakil tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) daripada persatuan mahasiswa Malaysia hadir menyerahkan Memorandum Mahasiswa kepada PTPTN kepada Ketua Eksekutif PTPTN, Wan Ahmad Wan Yusoff

“Memorendum ini telah ditandatangi lebih lima ribu mahasiswa seluruh Malaysia semenjak diedarkan pada Isnin lalu, dan kami menjangka lebih sepuluh ribu ditandatangi dalam masa terdekat,”

Mahasiswa yang hadir pada penyerahan memoremdum ini mewakili dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Kuala Lumpur ( UNIKL), Persatuan Mahasiswa Seluruh Malaysia dan juga dari kalangan universiti swasta. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.