‘Justice For Me’… Bukannya Membalas Dendam – Sivaraajh


PUTRAJAYA, 15 Jan- Bekas Ahli Parlimen Cameron Hinglands Datuk C.Sivaraajh hari ini menuntut keadilan dengan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands, M. Manogaran yang didakwa ‘membeli’ undi.

Sivarraajh yang juga Naib Presiden MIC amat yakin dengan SPRM selaku badan yang berintegriti tinggi, telus dan profesional yang tentunya akan melakukan siasatan berhubung dengan pemberian ‘duit minyak’ oleh PH pada hari penamaan calon baru-baru ini.

“Justice for me… saya rasa macam pengganas … sudahlah lima tahun saya tidak boleh bertanding dan mengundi, apa salah saya?” katanya dalam sidang media selepas membuat laporan kepada SPRM, di sini hari ini

Sivaraajh menjelaskan tujuan laporan tersebut adalah untuk mencari keadilan dan bukan membalas dendam kerana beliau pernah menjadi mangsa yang diputuskan oleh Mahkamah Pilihan Raya.

“Saya berharap agar SPRM bersifat telus dan profesional membawa kes ini ke pengadilan.

Sivarraajh memaklumkan beliau kehilangan kerusi Parlimen Cameron Highlands selepas hakim mengatakan duit minyak serta duit rokok adalah sama untuk membeli undi dan sekarang jelas bahawa calon PH di PRK terbabit, Manogaran telah melanggar dan melakukan perbuatan yang sama

Baru-baru ini tular di media sosial apabila penyokong PH menerima wang yang didakwa ‘duit minyak’ pada hari penamaan calon.

Turut hadir di pejabat SPRM ialah Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Rizam Ismail; Ketua UMNO Bahagian Subang, Datuk Armand Azha dan beberapa penyokong Sivaraajh dan BN.- MediaUMNO

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79