Jom Ikuti Diskusi U3.0 Bincang ‘Institusi Raja’ Malam Ini

KUALA LUMPUR, 14 Jan – ‘Institusi Raja’ akan menjadi topik dalam Diskusi U3.0 malam ini yang akan membawakan pakar Sejarah, Prof Datuk Dr Ramlah Adam sebagai panel bagi mengupas tajuk berkaitan.

Dalam perbincangan ini, Dr Ramlah akan menyentuh juga berkaitan peranan dan peri pentingnya institusi Raja di samping isu-isu semasa yang sejak kebelakangan ini mula menjadi polemik dalam masyarakat.

Bersama dengan moderator, Dr Noor Azizan Abd Majid, khalayak dipelawa untuk bersama-sama mengikuti diskusi tersebut di samping turut serta memberikan idea, pandangan atau cadangan melalui ruangan komen yang disediakan.

UMNO Online akan menyiarkan diskusi tersebut melalui medium facebook rasmi parti, www.facebook.com/mediaumnomalaysia. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.