Naikkan Tarif Air: Tolak PH, Terbukti Tidak Peduli Masalah Rakyat – Dr. Shamsul


TANAH RATA, 13 Jan – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah menyeru para pengundi dan rakyat di Cameron Highlands agar menterjemahkan perasaan kecewa terhadap kerajaan baharu pimpinan Pakatan Harapan (PH) dengan memberi kemenangan kepada calon Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya kecil (PRK) ini.

Jelas beliau, inilah masanya untuk menunjukkan suara rakyat yang marah dengan beberapa keputusan kerajaan PH yang tidak mengambil kira masalah rakyat seperti kenaikan kos sara hidup dan menaikkan tarif air.

“Seluruh pengundi baik dari kalangan ahli parti dalam komponen BN mahupun tidak, perlu menzahirkan perasaan kecewa dan marah dengan keputusan kerajaan yang menaikkan tarif air dan kenaikan kos sara hidup.

“Terjemahkanlah perasaan itu dalam PRK Cameron Highlands ini dengan memberi kemenangan kepada calon BN,” ujar beliau kepada UMNO-Online.

BN menampilkan bekas Penolong Pesuruhjaya Polis, Ramli Mohd Nor, 61, anak tempatan dari etnik Semai bagi menghadapi PRK tersebut. – Media UMNO.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.