“Siapa Kata BN Tidak Membela Nasib Orang Asli?” – Noh Omar

TANAH RATA, 12 Jan – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Noh Omar berkata, calon Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands adalah bukti kukuh bahawa BN tidak pernah meminggirkan etnik Orang Asli.

Jelas beliau, sekiranya benar BN meminggirkan masyarakat pribumi ini maka mana mungkin latar belakang calon BN Ramli Mohd Nor begitu baik dalam bidang pendidikan dan berjaya menjawat jawatan tinggi dalam bidang kepolisan.

“Siapa kata BN tidak membela nasib Orang Asli? Kalau BN tidak peduli nasib Orang Asli mana mungkin Ramli boleh masuk universiti.

“Tuduhan ini tidak betul sebab BN membela nasib semua kaum tidak kiralah Orang Asli ke, Melayu ke, Cina ke, India ke… semua kita bela,” ujarnya dalam program ramah mesra calon BN di perkampungan Orang Asli Mensun.

Tambah Ahli Parlimen Tanjung Karang itu lagi, sekiranya calon BN, Ramli Mohd Nor menang pada PRK ini maka ia bakal mencatat sejarah buat pertama kalinya Ahli Parlimen terdiri dari etnik Orang Asli. – Media UMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.