Semangat Jiwa Besar MIC Bukti BN Masih Rasional


TANAH RATA, 12 Jan – Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid melahirkan rasa bangga dengan semangat jiwa besar yang ditunjukkan oleh parti komponen Barisan Nasional (BN) iaitu MIC kerana sanggup menyerahkan kerusi mereka dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.

Jelas beliau, semangat yang ditunjukkan MIC ini membuktikan BN masih rasional dan relevan.

“Apa yang ditunjukkan MIC itu jelas membuktikan kita dalam keadaan rasional dan ia boleh memberi manfaat bersama.

“Semangat jiwa besar ini sebenarnya mampu membuatkan kita menang dalam pilihan raya kecil ini,” jelas beliau kepada UMNO-Online.

PRK Cameron Highlands kali ini menyaksikan BN meletakkan seorang bekas Penolong Pesuruhjaya Polis serta anak tempatan dari etnik pribumi yang tidak mewakili mana-mana parti dalam gabungan BN.

Calon BN Ramli Mohd Nor, 61, adalah ahli BN secara langsung. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.