Walau Pelbagai Kata Nista Dilemparkan, UMNO Lebih Baik Dari PH Yang Hanya Pandai ‘Copy Paste’


KUALA LUMPUR, 5 Jan – Walaupun pelbagai kata nista dan hinaan dilemparkan terhadap UMNO, hakikatnya UMNO lebih baik daripada Pakatan Harapan (PH) tegas Timbalan Presiden parti yang menjalankan tugas Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Demikian bidas Mohamad terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang masih tidak mempunyai idea dalam mengurus tadbir negara selain bertindak ‘copy paste’ sahaja.

Tambah Mohamad di laman media sosial Facebook dan Twitternya, ketika mereka berada di dalam blok pembangkang dahulu, apa sahaja dasar yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dan UMNO semuanya mereka kritik dan kutuk, tetapi sebaliknya kini setelah menjadi kerajaan mereka hanya tahu menukar nama sahaja.

“Mana lagi teruk, yang dituduh gagal selama 61 tahun ke atau hanya tukar nama je (sahaja) apa-apa yang pernah dikutuk dulu?

“Sebangsat-bangsat #UMNO, sehina-hina UMNO, dan seburuk-buruk UMNO yang dicaci, adalah lebih baik dari #PH sekarang,” tegasnya yang turut meletakkan tanda pagar (hashtag) #kerajaanph #copypaste di Twitternya.

Penjenamaan semula Pusat Transformasi Bandar dan Desa, Klinik 1Malaysia, Bantuan Rakyat 1Malaysia dan terbaharu, penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan adalah beberapa contoh dasar yang dahulunya menjadi mangsa kutukan PH tetapi kini terpaksa mereka ‘menelan kembali ludah’ kerana keberkesanan dasar tersebut dengan mengubah namanya sahaja. – Media UMNO.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.