Ikuti Diskusi U3.0 Malam Ini Bincang Harga Petrol… Rakyat Di ‘SST’ (Samun Secara Terancang)

KUALA LUMPUR, 3 Jan – Tirai tahun baru 2019 dibuka dengan Diskusi U3.0 kembali membawakan isu-isu rakyat untuk dibincangkan yang malam ini akan membawakan tajuk ‘Harga Petrol… Rakyat Di ‘SST’ (Samun Secara Terancang)’.

Isu tersebut tentunya amat dekat dengan masyarakat apatah lagi hari ini Kabinet Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dilapor belum mendapat kata putus mengenai penetapan harga petrol biarpun mesyuarat yang dipengerusikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah berlangsung semalam.

Justeru, melalui Diskusi U3.0 yang akan bersiaran secara langsung melalui medium laman sosial facebook UMNO-Online, 9.00 malam ini, Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan akan tampil bagi membincangkan isu tersebut.

Beliau yang juga mantan Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri akan ditemani Saudara Adnan Seman selaku moderator.

Dalam masa yang sama, netizen dijemput untuk bersama-sama mengikuti kupasan panel di samping melontarkan pandangan, idea atau persoalan menerusi ruangan komen yang ada. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.