Konon Nak Bela Agenda Melayu… Tapi Sekolah Kebangsaan Pun Diperkecilkan


KUALA LUMPUR, 2 Jan – Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi membidas ‘Parti Bunga’ Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang kononnya akan menggantikan UMNO untuk membela Agenda Melayu.

Katanya, PPBM memang tidak boleh diharap untuk membela Agenda Melayu seperti yang mereka gambar-gemburkan di Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) PPBM baru-baru ini.

“Bayangkan Tun M (Tun Dr Mahathir Mohamad) sendiri memperkecilkan sekolah kebangsaan (SK) sebagai sekolah agama.

“Dengar balik rakaman video beliau. Jelas dia mendakwa di SK subjek agama diajar empat period sehari, hakikatnya enam period seminggu. Fakta pun salah,” katanya menerusi laman Facebooknya.

Soal beliau, apakah sejak sekian lama Tun M mahu mengatakan SK melahirkan pelajar yang mundur, duduk bawah tempurung dan hanya menjadi lebai?

“Lupakah dia, Dr Sheikh Muzaffar yang beliau hantar menjadi angkasawan itu belajar di sekolah kebangsaan.

“Berapa ramai pula yang belajar di top ten dan Ivy League university. Berapa ramai menjadi CEO’s dan pegawai tinggi kerajaan. Semua menteri tutup mulut. Kenapa?” katanya lagi.

Ketika ucaptama PAT lalu, Tun M menyatakan bahawa UMNO sudah rosak dan tidak mampu lagi membantu orang Melayu kerana telah tewas pada PRU14 lantas tidak lagi mempunyai kuasa memerintah di negara ini dan PPBM mampu mengantikan UMNO sebagai parti orang Melayu.

Terdahulu pada 21 Dis lalu, Tun M dilapor berkata Sekolah kebangsaan sudah menjadi sekolah agama kerana sesi pembelajaran hanya memfokuskan kepada subjek agama Islam dan tidak pada subjek lain yang hasilnya, pelajar tidak berapa mahir dalam subjek-subjek yang akan membantu mendapatkan kerja, tetapi mereka menjadi ulama. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.