Selamat Tahun Baru 2019, Semoga Negara Kita Terus Aman

KUALA LUMPUR, 1 Jan – UMNO dan kepimpinan tertingginya mengucapkan selamat tahun baru 2019 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Timbalan Presiden yang menjalankan tugas-tugas Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan mengajak semua agar sama-sama berdoa agar negara kita terus aman dan makmur.

“Bersamalah kita berdoa semoga negara kita terus aman dan makmur serta dijauhkan dari musuh dan anasir yang boleh mengancam keharmonian selama ini,” katanya menerusi instagramnya.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa pula berkata 2018 tahun kegembiraan mereka yg menjanjikan ‘harapan’, tahun keperitan bagi mereka teraniaya dan hilangnya ‘harapan’ dan tahun kekecewaan bagi majoriti rakyat yg melihat realiti tiadanya ‘harapan’.

“2019 tahun mulanya mengganti ‘harapan’. Selamat Tahun Baru Malaysia!” katanya menerusi Twitternya. – MediaUMNO