Pemuda UMNO Anjur Majlis Tahlil Dan Bacaan Yasin Untuk Allahyarham Muhammad Adib

KUALA LUMPUR 21 Dis – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia telah mengadakan majlis tahlil dan bacaan Yasin buat Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota bomba yang meninggal dunia akibat kecederaan parah dipukul oleh perusuh ketika operasi menyelamat dalam tragedi Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya bulan lalu.

Majlis yang diadakan di Ibu Pejabat Pemuda UMNO Malaysia, di sini malam tadi diketuai oleh Exco Pemuda, Afif Farhi Othman turut disertai Exco-exco sayap pergerakan itu, Pengerusi Akademi Pemuda, Datuk Asmuni Hassan, Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan, Mohd Nizam dan Naib Ketua Pemuda Negeri Selangor, Amin Shukur.

Menurut Afif Farhi, Allahyarham merupakan seorang ahli bomba yang berjiwa besar serta pengorbanannya amat disanjung tinggi dan selayaknya digelar wira negara.

“Terima kasih diucapkan kepada sahabat-sahabat yang hadir. Semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan amalannya diterima di sisi Allah SWT.

“InsyaAllah selepas ini terdapat banyak lagi program yang diaturkan oleh Akademi Pemuda dan sama-samalah kita istiqamah serta merapatkan saf dalam memberi sokongan kepada program yang dianjurkan,” jelasnya lagi. – Media UMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.