Perjuangan UMNO Mesti Diteruskan, Puteri UMNO Terima Dan Hormati Keputusan Zahid

KUALA LUMPUR, 19 Dis – Pergerakan Puteri UMNO menerima dan menghormati keputusan yang dibuat Presiden parti dengan memberi kepercayaan kepada Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohammad Hassan untuk menjalankan tugas-tugas sebagai Presiden UMNO.

Ketuanya, Datuk Zahida Zarik Khan berkata UMNO mesti terus kekal dihadapan dan diperlukan dalam lanskap politik negara disaat situasi penuh mencabar dengan kegagalan kerajaan PH mempertahankan kedaulatan Agama Islam, hak-hak majoriti serta keharmonian kaum pasca PRU14.

Justeru jelas beliau dengan saf kepimpinan UMNO sedia ada, Puteri akan terus mara, akan teruskan perjuangan parti keramat ini dalam usaha kebangkitan bagi mengembalikan semula kepercayaan rakyat kepada parti. -MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.