Keadilan Segera Perlu Ditegakkan Untuk Adib – Norhiesam Ismail

NIBONG TEBAL, 19 Dis – Pergerakan Pemuda UMNO Nibong Tebal merakamkan salam takziah kepada keluarga anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim yang meninggal akibat rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, Selangor dan sekaligus mengesa agar tindakan segera yang tegas perlu dilakukan oleh pihak kerajaan bagi memastikan keadilan untuk Adib dapat ditegakkan.

Jelas Ketuanya Mohd Norhiesam Hj Ismail, tiada kompromi kepada pesalah agar ia menjadi pengajaran segar kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Dakwaan yang dikenakan perlulah paling maksima bagi memastikan hukuman tersebut wajar terhadap apa yang dilakukan. Pemuda Nibong Tebal amat berharap tiada dikriminasi dan pilih kasih terhadap pendakwaan kepada kes Adib ini.

“Jangan pula nanti tuduhan membunuh ditukar kepada membunuh tanpa niat apabila berlaku pelbagai tekanan kepada pihak kerajaan.

“Keadilan kepada Adib perlu ditegakkan segera kerana sekarang ia menjadi isu negara dan menjadi kemarahan rakyat sekiranya tidak ditangani dan diselesaikan segera,” jelas beliau dalam satu kenyataan media.

Norhiesam turut mempersoalkan ke mana menghilangnya SUHAKAM dan pelbagai NGO yang sebelum ini lantang bersuara, membuat demontrasi, menghantar memorandum dan sebagainya memperjuangkan nasib individu yang kononnya dizalimi serta tidak dibela.

“Adakah kerana namanya Muhammad Adib seorang Melayu dan bukan namanya Teoh Beng Hock atau Kuhan?

“Ingatlah…bahawa gelombang rakyat akan bangkit dan kemarahan semakin membuak-buak sekiranya keadilan untuk Adib tidak ditegakkan segera,” tegas beliau.

Selain itu, Pemuda UMNO Nibong Tebal juga ingin mengesa supaya Menteri Perpaduan dan Kesejahteraan Sosial Wathya Moorthy dan Exco Kerajaan Negeri Selangor V.Ganabatirau meletakkan jawatan segera kerana telah mengeluarkan kenyataan menghasut dan fitnah terhadap menyemarakkan api perkauman sehingga berlakunya kejadian tragis ini.

“Tidak guna memohon maaf dan menarik balik kenyataan kerana seperti kata pepatah terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya dan kerana pulut santan binasa kerana mulut badan binasa. Mereka perlu bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku hari ini.

“Negara tidak memerlukan Menteri dan pemimpin sebegini kerana setelah 61 tahun kita merdeka perpaduan dan keharmonian kaum cukup terjaga dan terbela tetapi setelah tujuh bulan mengambil alih tampuk pemerintahan negara begitu dahsyat kerosakkan yang telah dibuat,” ujarnya lagi. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.