Majlis Penyampaian Bantuan Pendidikan

Kuala Lipis ,11hb Disember—Menteri Besar Pahang merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang , Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkesempatan bersama orang ramai di Dewan RTP Sungai Ular, Lipis bersempena Majlis Penyampaian Bantuan Pendidikan Kepada Peserta-peserta Rancangan Sosial Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP). Majlis ini bertujuan menyampaikan bantuan pendidikan kepada peserta-peserta RTP Sg Ular bagi meringankan bebanan mereka untuk membeli barang kelengkapan persekolahan anak-anak mereka. Seramai 44 peserta telah layak menerima bantuan pada kali ini.- MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.