Diskusi U3.0 ‘Live’ Bersama Shahrir Samad : Felda…Menunggu Harapan

KUALA LUMPUR, 14 Nov – Siri bual bicara yang mengetengahkan isu-isu semasa menerusi Diskusi U3.0 malam ini akan membincangkan isu peneroka Felda dan kegelisahan mereka yang masih menunggu pembelaan kerajaan hari ini.

Diskusi yang akan bersiaran selama sejam bermula 9.00 malam Menerusi tajuk Felda….Menunggu Harapan, ianya akan menampilkan mantan Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad bagi mengupas isu tersebut.

Program bual bicara ini akan dihoskan oleh Adnan Seman bakal disiarkan secara live menerusi medium facebook rasmi UMNO Online di pautan https://www.facebook.com/mediaumnomalaysia.

Netizen dijemput untuk bersama-sama mengikuti kupasan panel di samping bersama-sama untuk melontarkan pandangan, idea atau persoalan menerusi ruangan komen yang ada. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.