Dewan Rakyat Kecoh Guan Eng ‘Terlebih Bodek’ MP Port Dickson

KUALA LUMPUR, 13 Nov – Tindakan Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang tidak mengikut peraturan mesyuarat apabila bangkit untuk mencelah perbahasan ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim menimbulkan rasa marah Ahli Parlimen di blok pembangkang kerana ia telah ‘mencuri’ masa ahli dewan berbahas.

Keadaan bertambah kecoh apabila Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof menutup pembesar suara ahli-ahli Parlimen yang membuat bising dan meminta Guan Eng meneruskan pencelahannya.

Tindakan ini seakan berat sebelah kerana lazimnya setiap menteri akan diberikan masa untuk menggulung perbahasan-perbahasan yang diutarakan oleh ahli-ahli Parlimen yang berbahas maka tidak perlu untuk Speaker membenarkan Guan Eng meneruskan pencelahan tersebut.

Antara yang bangkit mempertikaikan adalah Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dan Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan.

Pasir Salak: Peraturan Mesyuarat
Ketereh: Dia kacau kita punya time dah
Kota Bharu: Tidak ikut peraturan itu tuan Speaker..minggu depanlah menggulung
Pendang: Dia ada masa untuk jawab
Pasir Salak: Jawablah nanti..your time will come to answer. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.