Najib Beri Keterangan Empat Jam Di SPRM

PUTRAJAYA, 8 Nov – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, bagi memberi keterangan kira-kira empat jam di suruhanjaya itu hari ini.

Kenderaan yang dinaikinya melalui pintu belakang suruhanjaya itu pada kira-kira 9.40 pagi, selepas beliau menemani isterinya Datin Seri Rosmah Mansor di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bagi mendengar prosiding sebutan kes, dan kenderaan tersebut dilihat meninggalkan premis SPRM pada kira-kira 1.50 petang.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi juga mengesahkan Najib dipanggil untuk memberi keterangan kepada SPRM hari ini.

Media sebelum itu melaporkan setelah difahamkan oleh sumber SPRM bahawa Najib dipanggil SPRM hari ini bagi membantu siasatan beberapa kes termasuk melibatkan pemasangan panel tenaga solar di Sarawak.

Beberapa minit selepas Najib meninggalkan SPRM, beliau telah membuat hantaran ke twitter miliknya : “Hari ini saya dipanggil SPRM bagi membantu siasatan tetapi bukan berkaitan kes solar.” – BERNAMA

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.