Ikuti Siaran Langsung Pembentangan Inisiatif Ekonomi Rakyat Oleh BN Hari Ini Jam 2.30 Petang


KUALA LUMPUR, 1 Nov – Barisan Nasional (BN) akan membentangkan ‘Inisiatif Ekonomi Rakyat’ sempena Belanjawan 2019 hari ini.

Sehubungan itu, orang ramai dipelawa untuk mengikuti siaran langsung tersebut menerusi laman facebook UMNO-Online pada pukul 2.30 petang ini.

Tentunya pembentangan ‘Inisiatif Ekonomi Rakyat’ oleh BN ini akan menyerlahkan keperluan dan keutamaan masyarakat dalam berdepan dengan kos kehidupan sekarang ini.

Belanjawan 2019 akan dibentangkan esok, di Dewan Rakyat oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang julung kali berlangsung setelah Pakatan Harapan (PH) mengambil alih tampuk kepimpinan negara. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.