‘Bajet 2019 : Berkorban Atau Terkorban?’ Ikuti Kupasan Ahmad Maslan ‘Live’ Jam 9 Malam Ini

KUALA LUMPUR, 1 Nov   – UMNO Online akan bersiaran secara langsung pada jam 9 malam ini melalui program Diskusi Dari Parlimen yang membawa tajuk ‘Bajet 2019 : Berkorban Atau Terkorban?’ yang akan dikupas oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan yang akan dimoderatorkan oleh Datuk Dr Azizan Abd Majid

Diskusi secara langsung ini akan mengupas Bajet 2019 yang akan dibentangkan oleh kerajaan Pakatan Harapan di Parlimen esok.

Kepada orang ramai yang ingin mengikuti siaran langsung ini, bolehlah melayari laman facebook rasmi UMNO Online untuk mendengar pandangan dan komentar beliau bagaimana berhubung bajet 2019 yang akan dibentangkan esok. -MediaUMNO

 

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.