BN Distruktur, Dijenama Semula Hadapi Persaingan

KUALA LUMPUR 27 Okt. – Barisan Nasional (BN) akan dijenama semula dan distruktur untuk menjadi sebuah entiti baharu yang lebih kuat dalam tekad mengambil alih semula kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, gabungan pembangkang baharu itu akan disertai oleh lima buah parti teras BN.

“Saya telah memberi mandat kepada Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang merupakan Setiausaha Agung BN yang baharu untuk menterjemahkan pelaksanaannya dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Perhimpunan Agung MIC Ke-72 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini. –

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata BN mahu melihat kewujudan sistem dua parti dalam politik di Malaysia seperti diamalkan di beberapa negara lain.

“Kita harus mengorak langkah untuk menjadikan entiti baharu ini bukan sahaja sebagai parti pembangkang ketika ini tetapi juga sebagai hasrat kita untuk mewujudkan sistem dua parti bagi bersaing dengan parti yang telah membentuk kerajaan,” katanya.

Dalam pada itu, Vigneswaran berkata MIC akan terus bersama BN yang kini sedang dalam usaha penjenamaan semula itu.

 

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.