Presiden UMNO Hadir Ke Mahkamah Tanda Sokongan Pada Najib

KUALA LUMPUR 25 Okt. – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hadir ke Mahkamah Kuala Lumpur hari ini untuk memberi sokongan moral terhadap kes pendakwaan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ahli Parlimen Bagan Datok itu yang tiba di perkarangan mahkamah pada kira-kira 9 pagi, berkesempatan melambai kepada media dan terus menuju ke arah Mahkamah Sesyen untuk mengikuti perkembangan kes berkenaan.

Sempat ditanya pemberita sama ada tujuan kehadirannya di sini adalah kerana Najib, beliau membalas ringkas : “Ya, sudah tentu. Saya di sini untuk memberi sokongan moral (kepada beliau)”.

Najib menghadapi enam pertuduhan pecah amanah berhubung kes berkaitan firma pelaburan Abu Dhabi iaitu International Petroleum Investment Company (IPIC). -MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.