‘Siapa Membela Rakyat?’ Diskusi ‘Live’ Dari Parlimen Malam Ini
KUALA LUMPUR, 22 Okt – Pada malam ini, Diskusi Dari Parlimen akan bersiaran dengan topik perbincangan ‘Siapa Membela Rakyat?’.
Diskusi yang disiarkan secara langsung pada jam 9 malam ini akan menampilkan Ahli Parlimen Machang Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, yang juga merupakan bekas Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar sebagai ahli panel manakala Datuk Dr Azizan Abd Majid pula bertindak sebagai moderator.
UMNO Online akan menyiarkan diskusi tersebut melalui medium facebook rasmi parti, www.facebook.com/mediaumnomalaysia.
Jangan ketinggalan untuk menyaksikannya serta bersama-sama mengikuti kupasan dari tetamu jemputan. – Media UMNO.