Mahkamah Tempat Terbaik Lakukan Pembelaan – Zahid

KUALA LUMPUR 19 Okt. – Saya akan menggunakan mahkamah sebagai tempat yang terbaik untuk melakukan pembelaan,” kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata demikian selepas keluar dari lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini hari ini.

“Saya akan menggunakan mahkamah sebagai tempat yang terbaik bukan hanya untuk melakukan pembelaan terhadap semua pertuduhan berkenaan tetapi untuk menjelaskan perkara-perkara yang termasuk di dalam tuduhan-tuduhan berkenaan,” katanya.

Jelas Ahli Parlimen Bagan Datok itu beliau menerima dengan reda dan menganggap apa yang terjadi hari ini adalah satu ujian daripada Allah S.W.T.

“Saya amat reda dengan pertuduhan yang dibalingkan kepada saya dan saya serahkan kepada Allah S.W.T untuk menentukan,” katanya.

Sebelum itu, Ahmad Zahid, yang didakwa di Mahkamah Sesyen mengaku tidak bersalah atas pertuduhan 45 pertuduhan pecah amanah jenayah, rasuah dan pengubahan wang haram. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.