UMNO Tolak Usaha Penjualan Aset Khazanah dan PNB – Zahid


KUALA LUMPUR, 11 Okt – UMNO menolak usaha penjualan aset Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Perbadanan Nasional Berhad (PNB).

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa PNB merupakan agensi amanah (trust agency) Bumiputra di bawah Yayasan Pelaburan Bumiputra.

“Justeru, sebarang penjualan untuk melepaskan hak pemegangan ekuiti akan jejaskan peratusan ekuiti potfolio untuk skim-skim saham amanah di bawahnya,” katanya menerusi akaun Twitter beliau hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata demikian sebagai respon kepada Setiausaha Politik Menteri Kewangan Tony Pua yang dilapor berkata akan mengkaji semula dan mencairkan beberapa “aset yang tidak strategik” dalam Khazanah dan PNB sebagai sebahagian daripada langkah penjimatan kerajaan.

Dua hari lepas, Pua bercakap sebagai panel di program Malaysia, A New Dawn di Kuala Lumpur menyatakan harapan agar sektor swasta akan membantu memastikan pelaksanaan rasionalisasi mencapai objektif termasuklah mengkaji semula kepentingan Khazanah dan PNB. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.