Bursa Malaysia Merosot Ketara Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 10 Okt – Bursa Malaysia merosot ketara pada akhir dagangan pagi hari ini susulan aktiviti jualan secara menyeluruh dalam pasaran.

Pada rehat tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 19.22 mata atau 1.08 peratus kepada 1,754.93, daripada 1,774.15 pada penutupan Selasa.

Indeks bergerak antara 1,754.92 dan 1,781.79 di sepanjang dagangan pagi, selepas dibuka 7.57 mata lebih tinggi kepada 1,781.72.

Berdasarkan kedudukan pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 752 berbanding 138, manakala 315 kaunter tidak berubah, 668 tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.38 bilion unit bernilai RM1.04 bilion.

Aktiviti jualan menyeluruh saham berwajaran tinggi, diketuai Axiata dan TNB, menjejaskan indeks utama.

Axiata turun 34 sen kepada RM4.02, TNB susut 36 sen kepada RM15.02, Maxis merosot 13 sen kepada RM5.54, Genting Bhd rugi 22 sen kepada RM7.54 manakala Petronas Gas turun 40 sen kepada RM17.90.

Bagi kalangan saham berwajaran tinggi lain, Public Bank menokok dua sen kepada RM24.98, Petronas Chemicals tidak berubah pada RM9.37, Maybank susut tiga sen kepada RM9.62 manakala CIMB dan Hong Leong masing-masing turun empat sen kepada RM6 dan RM20.56.

Bagi saham aktif, Sapura Energy tidak berubah pada 37.5 sen, Gamuda merosot 12 sen kepada RM2.26, Hibiscus Petroleum turun enam sen kepada RM1.24, Formt Globaltec susut setengah sen kepada empat sen manakala AirAsia X turun 1.5 sen kepada 26.5 sen.

Indeks FBM Emas merosot 145.38 mata kepada 12,158.54, Indeks FBMT 100 menurun 138.59 mata kepada 11,980.09 dan Indeks FBM Emas Shariah menyusut 190.32 mata kepada 12,170.32.

Indeks FBM Ace merosot 129.63 mata kepada 5,058.98 dan FBM 70 turun 191.51 mata kepada 14,081.27.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan merosot 43.38 mata kepada 7,451.92, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 1.10 mata kepada 173.96 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 46.85 mata kepada 17,631.84. – Bernama

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.