Jenazah Anggota UMNO Johor Yang Meninggal Dunia Di Vietnam Akan Dibawa Pulang

JOHOR BAHRU, 4 Okt – Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor (BPUNJ) dengan kerjasama UMNO Bahagian Iskandar Puteri akan membawa pulang jenazah anggota  jawatankuasa Wanita UMNO bahagian Iskandar Puteri, Siti Rahmah Abdul Wahab, yang meninggal dunia akibat serangan jantung di Ho Chin Minh, Vietnam.

Setiausaha Kerja Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor Pandak Ahmad berkata Allahyarhamah merupakan salah seorang daripada 16 peserta program komuniti Iskandar Puteri di Ho Chin Minh dan sepatutnya dijadualkan pulang ke tanahair pada 2 Oktober (Selasa) lalu.

Bagaimanapun, mangsa yang berusia 66 itu, diserang sakit jantung di hotel penginapan mereka pada pagi 2 Okt berkenaan sebelum meninggal dunia pada 5 petang semalam (Rabu).

“Pada pagi kejadian, mangsa mengadu sakit dada dan terus dikejarkan ke hospital tentera, Benh Vien Quan Y 175, tidak jauh daripada lapangan terbang Ho Chin Minh.

“Ketika ini, kita sedang menguruskan untuk membawa jenazah pulang di mana BPUNJ akan menyerahkan sumbangan RM30,000 bagi menguruskan keperluan dokumentasi dan perjalanan pulang,” katanya ketika ditemui di pejabat BPUNJ, di sini, hari ini.

Beliau berjata jenazah akan dibawa pulang menerusi lapangan terbang Ho Cinh Minh pada pukul 3 petang esok dan dijangka tiba  di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 6 petang hari yang sama  dan dibawa  kediamannya di Taman Damai Jaya, Skudai

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.