PAU 2018 Buktikan UMNO Tak Akan Runtuh, Pupus Atau Musnah


JOHOR BAHRU, 1 Okt – Perhimpunan Agung UMNO 2018 walaupun nampak ‘simple’ tetapi semangat perwakilan dan pemerhati tidak pernah luntur dan tetap meriah, kata Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Ujarnya, bayangkan kalau 21 langkah dalam ucapan dasar Presiden itu terlaksana, UMNO tidak akan runtuh, pupus dan musnah seperti yang Tun Dr Mahathir kata semasa di New York.

“UMNO tidak akan runtuh kerana UMNO ada akar umbi. Itu Tun M tahu. Sebab itu apa yang tersirat dalam kenyataan Tun M itu ialah dia akan membunuh UMNO secara paksa dan disengajajakan.

“Sebab itu “Rule of law” dipermainkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Najib dilumatkan dengan 31 pertuduhan. Beberapa pemimpin UMNO akan dikejar sampai ke lubang cacing supaya menyerah diri.

“Kepada Tun M jika itu caranya untuk membunuh UMNO maka jawapan kepada Tun ialah ‘Langkah mayat saya dulu’,” katanya dalam satu kenyataan menerusi laman facebooknya hari ini.

Tegasnya, kehadiran 15 wakil Kelab UMNO Luar Negara dan hampir 54 orang wakil Mahasiswa Nasional adalah bukti pelapis UMNO tidak gentar dengan cara kasar Tun M.

“Kepada pemimpin UMNO dari peringkat Majlis Tertinggi (MT) hingga ke Ketua Bahagian bersedialah untuk diterajang dan dihumban oleh regim zalim Tun M.

“Dan sempena PAU 2018, diharap semua perwakilan bersuara lantang, kalau mahu membunuh UMNO, ‘Over my dead body’. Insya-Allah UMNO akan bangkit berkuasa,” tegasnya lagi.

Dalam Ucapan Dasarnya, Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggariskan tujuh teras yang di dalamnya terkandung 21 langkah. Tujuh teras yang dibentangkan oleh Ahmad Zahid adalah seperti membina keyakinan dan kepercayaan; menentang eksploitasi politik; memperkasakan parti; hak kuasa istimewa; muafakat politik; kerajaan menanti dan terakhir adalah pengorbanan jiwa raga. – MediaUMNO

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.