Ucapan Dasar Presiden Perjelas Hala Tuju Parti, Bongkar Rahsia Kesepian – Perwakilan

 

KUALA LUMPUR, 29 Sept – Timbalan Ketua UMNO Gua Musang, Mohd Syahbuddin Hashim menyifatkan ucapan dasar Presiden parti itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah membongkar rahsia kesepian selama ini.

Menurut beliau daripada 21 teras yang dibacakan tadi jelas Presiden sedang mengukir  kejayaan-kejayaan  yang bakal dilihat pada masa akan datang dan tentunya akan terlaksana sekiranya semua perwakilan dan ahli parti mengambil perkara yang dilontarkan itu sebagai perkara pokok dan diterima.

“Ianya jelas bahawa kita perlu memberi keutamaan kepada perjuangan untuk menjadi kerajaan kembali dan ini menjadi satu hala tuju yang cukup berfokus. Saya yakin jika memandang keutuhan parti ini sebagai satu perkara  yang  wala’ ianya akan memberi kepentingan kepada kejayaan kita.

“Keduanya saya lihat Presiden sedang mencorak langkah-langkah yang lebih tersusun rapi bagi pembangunan parti kita. Ini dilihat bagaimana mencadangkan data pemutihan parti dilaksanakan segera dan begitu juga dengan sistem keahlian yang mana boleh dibuat diperingkat bahagian dan cawangan.

“Saya juga yakin dengan apa yang dibawa dalam ucapan tadi beliau menerangkan ahli UMNO jangan hilang fokus sebaliknya kekal di dalam saf jemaah parti di mana kita mempunyai track record yang rapi. Beliau juga menjelaskan pembangkang sendiri berada dalam keadaan celaru maka kita kena ambil peluang untuk menerangkan perkara yang sebenarnya,” katanya.

Sementara itu Ketua UMNO Hulu Terengganu Datuk Rozi Mamat pula berpandangan  21 langkah dnegan berpaksikan kepada tujuh teras perlu dihayati dan disulami oleh seluruh ahli parti pelbagai peringkat.

“Presiden ajak ahli parti agar setia dan juga memberi keyakinan kepada kepimpinan seluruhnya. Insya Allah kita mampu bangkit kembali dengan syarat pelaksanaan  menerusi  langkah-langkah yang diambil hari ini dijayakan sebaik mungki…iInsya Allah bukan perkara yang mustahil.  Apa yang diucapkan di PWTC tidak akan mencapai matlamatnya jika tidak direalisasikan. Kita sama-sama laksanakan dan  sampaikan hasrat hala tuju UMNO secara jelas ke peringkat umbi,” ujarnya.

Dalam pada itu, bagi Exco Pemuda UMNO, Datuk Najmil Faiz pula berpandangan  langkah yang digariskan  oleh Presiden parti meyakinkan dan apa yang diperlukan hari ini adalah kerjasama di pelbagai peringkat  dalam usaha memastikan kejayaan dan kelangsungan apa yang telah digariskan.

“Hala tuju yang ada di depan sekarang dah jelas. Pastikan kerjasama dan elakkan perpecahan di dalam parti dan kembali ke akar umbi selain pada masa yang sama meperkemaskan jentera kita. Itu antara yang ditekankan.

“Harap pembahas dapat menyelami dan membuat rumusan serta memberi pandangan yang sejujurnya agar apa yang digariskan oleh Presiden dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan mencapai matlamat dalam tempoh yang ada untuk kepentingan parti,“ katanya.

Katanya lagi apa yang dibahaskan tentunya akan diperhalusi oleh Presiden serta kepimpina parti selepas PAU 2018  untuk diperhalusi secara mendalam secara bersama.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.