UMNO Tidak Akan Terkubur
KUALA LUMPUR 29 Sept.- UMNO masih relevan kepada orang Melayu dan tidak akan terkubur sebagaimana yang digembar-gemburkan sesetengah pihak.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, untuk itu perwakilan perlu yakin dengan kemampuan parti, tidak takut dan tidak mempercayai dakwaan tersebut.
“Kenapa parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mahu menamatkan riwayat UMNO, ini kerana mereka tahu kekuatan UMNO di peringkat akar umbi.
“Kalau kita percaya kata-kata mereka, percaya dakwaan UMNO akan terkubur maka hari ini kita tidak akan bersidang,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan mewakili Majlis Tertinggi (MT) pada Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri UMNO di Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini. – Utusan Online